31 Disember 2009

Lawak Corner

Kisah Tiga Gadis Sengau

Ada 3 gadis adik beradik anak dara yang agak lewat usianya dan masih belum berkahwin. Kak Long, Kak Ngah dan Kak Su. Semuanya cantik. Malangnya ketiga-tiga mereka bersuara sengau dan ini menjadi penyebab kenapa para jejaka menjauhi mereka.

        Pada satu hari mereka berpakat untuk pergi lepak di kompleks membeli belah dan berjanji sesama sendiri untuk tidak bercakap kalau ada jejaka yang menegur walau apapun terjadi. Maka merekapun bersiap, memakai pakaian yang cantik, menempek make-up, menyembur minyak wangi dan sebagainya.

        Setibanya di kompleks merekapun duduk di satu sudut control cun.

        Tak lama kemudian datanglah beberapa orang mat rempit yang menegur.

“ Hai, cik adik, boleh berkenalan? ”

Senyap... Senyum.

“ Tinggal kat mana? ” Tanya mat rempit itu lagi.

Senyap.. Senyum..

“ Korang ni adik beradik ke? ” Tanya mat rempit yang seorang lagi.

Masih senyap.. Senyum

“ Ah! Jomlah! Diorang ni bisu agaknya... ” Cadang salah seorang mat rempit itu.

        “ Hei! Hita hak hisu hah! ” Jerit Kak Long.      

“ Hak, henapa ahak hakap? Han hah hanji hak hakap.. ” Sahut Kak Ngah.
       
        “ Hahib Hahik haku hak hakap... ” Kata Kak Su pula..

Hawhawhaw...

Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.