14 Disember 2009

Lawatan ke Rumah Pengasih Warga Prihatin

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua..


Semalam 13 Disember 2009, kami sekeluarga berkesempatan berkunjung ke Rumah Pengasih Warga Prihatin yang terletak di Sungai Ramal Baru di Kajang. Ia menempatkan lebih kurang 64 orang kanak-kanak yatim piatu mahupun kanak-kanak fakir miskin termasuklah 3 orang anak–anak istimewa.

Ingin tahu pebih lanjut mengenai RPWP layarilah alamat-alamat laman berikut ;

Alamat Website mereka :

Alamat Facebook :

Malam itu mereka menjalankan satu sesi motivasi yang dikendalikan oleh Kapten Kamarulzaman Al Marwan seorang ahli motivasi yang berwibawa yang berkunjung dari Johor Bharu. Selama lebih 2 jam beliau berkongsi pengalaman dan menjalankan sesi tersebut penuh dengan pengisian yang boleh diambil iktibar dan teladan dalam kehidupan.

Apapun saya bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya dijodohkan dengan rumah ini dan diberikan kesempatan untuk berkunjung ke sana. Selain mendapat pengisian dalam sesi motivasi tersebut, saya juga dapat berkenalan dengan ahli-ahli di rumah tersebut, sahabat-sahabat FB seperti Dr Masjuki, Sdr Choy, Sdr Din Deraman, Sdr Saiful, Sdr Zulkifli, Sdr Fitri, Sdr Hakimi, Sdr Yazid dan ramai lagi selain Capt sendiri. Terus terang mereka semua dikurniakan Allah dengan hati yang baik dan kami dilayan dengan layanan yang begitu mesra.

Seterusnya aktiviti begini bagus sebagai pendedahan awal kepada anak-anak saya agar mereka serba sedikit mengambil iktibar dari kesusahan orang lain agar mereka dikurniakan dengan hati yang prihatin dan punya akhlak yang mulia bila mereka membesar nanti.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas layanan luarbiasa dari pihak RPWP sepanjang kami di sana. Oh Ya, nasi lemak dan kopi o yang dihidangkan pun cukup sedap. Sekalung tahniah buat semua yang terlibat!

Apapun kepada semua yang berada di luar sana sekiranya ada kesempatan berkunjunglah ke tempat-tempat begini, dedahkan kepada anak-anak, lakukan sumbangan apa yang terdaya kerana isaya yakin semua ini akan membawa kebaikan kepada diri anda dari banyak segi. InsyaAllah.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.