11 Disember 2009

Watak Binatang Dalam Kehidupan

Kadangkala kita mengumpamakan seseorang itu dengan sifat binatang. Ada yang kaki belit macam ular, ada yang pendiam macam tikus, ada yang bijak macam kancil, ada yang busuk macam kambing, ada yang ganas macam harimau, ada bising macam murai dan banyak lagi.


Disini saya huraikan beberapa contoh pertembungan watak binatang yang sering kita lihat seharian.


Sebenarnya kita boleh menukar watak ini mengikut keadaan semasa. Kita boleh lakonkan watak harimau, tikus, kambing, mahupun naga sekiranya keadaan memerlukan kita berbuat demikian.


Ada yang menggunakan watak-watak ini untuk kepentingan peribadi. Sebagai contoh untuk mendapatkan sesuatu keuntungan seseorang itu sanggup menggunakan watak kucing yang jinak tetapi setelah berjaya mendapat apa yang dihajati, mereka berubah menjadi ular yang membelit. Umpama melepaskan biawak yang tersepit.


Bila bertemu dengan seseorang yang berwatakkan harimau, maka sekiranya kita juga menggunakan watak harimau maka harimau itu akan merasakan dirinya terancam dengan kekuatan yang ada pada kita, maka dia pasti akan mengambil langkah untuk mengalahkan kita. Di pejabat ada “boss” yang bersikap seperti harimau yang garang ini. Oleh itu ramailah yang takut padanya. Bila ada salah seorang pekerjanya yang juga mempunyai watak seekor harimau maka pertembungan akan berlaku. Akhirnya salah seorang dari mereka akan meninggalkan tempat itu sekiranya jalan penyelesaian tidak dapat dicari antara kedua mereka.


Sekiranya kita menggunakan watak kambing pula, harimau tersebut tak akan terasa terancam, maka ia mungkin tak akan mengganggu kita tetapi bahayanya ialah pada masa yang sama juga ia boleh menjadikan kita mangsanya. Kalau di pejabat orang sebegini akan menjadi mangsa melakukan semua kerja yang disuruh oleh “boss”nya walaupun kerja itu tak terkandung dalam urusan pejabat. Si kambing disuruh buat air kopi, pergi ke pejabat pos untuk membayarkan bil dan sebagainya. Untuk mengelakkan masalah dan kerana takutkan sang harimau, kambing menurut sahaja.


Kita boleh juga mengambil watak sang tenuk yang hanya berdiam diri, buat hal sendiri dan langsung tidak menonjolkan diri. Sang tenuk ini selalunya dapat menyesuaikan diri dengan alam sekelilingnya walau dimana mereka berada. Dengan mengambil watak yang sebegini selalunya menyebabkan kita tidak diusik oleh sesiapa. Selalu dalam keadaan selamat. Masalahnya cuma satu, kalau konsep ini digunakan dalam aspek pekerjaan, orang sebegini selalunya susah untuk dinaikkan pangkat. Kalau kerani tu 10 tahunlah jadi kerani sebab boss pun tak perasan kewujudan orang sebegini. Jadi kerani “cabuk”.


Saya rasa watak binatang yang terbaik untuk dijadikan ikutan ialah dengan menggunakan watak sang kancil yang bijaksana. Harimau itu pasti tidak akan tertekan dengan kehadiran kita di dalam kelompoknya dan pada masa yang sama tak dapat menjadikan kita mangsanya. Ini kerana kita akan dapat memantau setiap pergerakan sang harimau tadi dan setiap kali harimau itu menyerang kita pasti akan dapat mengelak serangan itu. Inilah kelebihan sang kancil. Apapun untuk menjadi sang kancil yang bijaksana kita mesti mempunyai teras keilmuan yang jitu. Ilmu pasti akan dapat membantu menangani masalah yang mendatang bila berhadapan dengan sang harimau itu tadi.


Dengan adanya ilmu itu juga sesekali kita boleh bertukar kepada watak sang naga, dengan sekali hembusan api, pasti harimau itu akan takut dan menyepikan diri.


Kesimpulan : Gunakanlah watak yang bersesuaian dengan keadaan semasa kerana dengan yang demikian ia tak akan mengundang permasalahan kepada anda.


Fikir-fikirkanlah..


Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.


Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.


Ikhlas dari,


Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial


Email : greng70@yahoo.com
Facebook : Faizal Yusup
Blog :http://faizalyusup.blogspot.com
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!


PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.


Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.