01 Disember 2009
Teka teki Corner
Teka Teki
1. Kalau kapalterbang terhempas apa yang keluar?
Keluar berita
2. Kalau gajah lalu jambatan patah, kalau kambing lalu apa yang patah ?
Patah balik
3. Hari itu bulan tak mengambang, kereta ni pulak lampu rosak, dah tu nasib dia tak baik sebab lampu jalanpun tak nyala, tiba-tiba melintas seekor kucing hitam... Namun begitu dengan pemandu kereta ni sempat membrek... Macamana tu ?
Sebab hari siang
4. Kalau di Indonesia kereta dipanggil mobil, kalau di Sabah perompak panggil apa?
Polis
5. Kalau perkataan malam diterbalikkan menjadi malam juga, kalau susu diterbalikkan ?
Tumpah
6. Kenapa penyelam terjun ke belakang ?
Kalau terjun ke depan pecah kepala
7. Tiga soalan yang mempunyai satu jawapan, kalau gigi sakit, kalau dikejar ceti, Kalau ubi masak
Cabut
8. Ikan apa yang pakai nama orang ?
Ikan Bakar
9. Antara kereta dengan motor mana lebih tua ? Kenapa..
Motor pakai tongkat.
10. Mula-mula kena kangkang, lepas tu kena pakai, baru nampak jelas apa dia?
Spek
11. Kenapa kita tak boleh pakai ubat gigi Fresh and White ?
Untuk beruang polar sahaja
12. Apa benda yang bila kita bangun dia tidur, kita tidur dia bangun?
Tapak kaki
13. Anak siapa yang selalu kena pijak ?
Anak tangga
14. Kaki apa yang paling panjang di dunia ?
Kaki lima
15. Negeri apa yang selalu lapar ?
Hungary
16. Negeri apa yang banjir dulu baru hujan ?
Bahrain
17. Pulau apa yang paling ringan di dunia ?
Pulau kapas
18. Air apa yang paling berani ?
Air terjun
19. Sungai apa yang paling keras ?
Sungai Besi
20. Sungai apa yang paling kaya sekali ?
Sungai wang
21. Sungai apa yang paling kurus sekali ?
Slim river
22. Sungai apa yang paling tajam sekali ?
Sungai Lembing
Faizal Yusup
Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!
PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.
Terima kasih…
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.