07 Disember 2009

Rahsia Input / Pengisian



Input = Pengisian

Kebanyakan kita dikurniakan mulut dan suara yang boleh mengeluarkan berjuta-juta perkataan dan ayat. Dikurniakan akal yang juga boleh menyampaikan pelbagai pengisian. Namun demikian jarang yang memikirkan akan nilai kata-kata yang dikeluarkan itu. Ramai yang menyalahgunakan suara dan media pengisian ini sesuka hati tanpa hemah. Lagipun tak ada sesiapa yang pernah menerangkannya sepanjang kehidupan.

Tahukah anda sesuatu yang anda perkatakan atau dengari dalam apa juga media sekalipun itu ada nilai di dalamnya? Berharga atau sia-sia?

Dalam prinsip sekular pengisian atau input hanya terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kategori seperti berikut sama ada ia ;

-      Kategori baik atau
-      Kategori yang tak baik

Namun demikian ia sebenarnya begitu subjektif dan sukar digolongkan. Contohnya lucu dan hiburan berada dalam kategori yang baik, lucah dan sensasi pula boleh masuk dalam kedua-dua kategori. Baik bagi seorang tak baik bagi seorang yang lain. Penipuan dan hipokrit bagaimanapun tetap berada dalam kategori yang tak baik tapi dalam sesetengah keadaan ia tetap dibenarkan.

Apapun dalam Islam ia terbahagi kepada beberapa peringkat mengikut hukum. Di sini saya huraikan lebih kurang.

Pengisian Peringkat Pertama

Bagi saya pengisian yang paling berharga dan bernilai adalah pengisian dalam rangkuman hukum fardhu. Pengisian dakwah, pengisian menyampaikan syiar Islam, pengisian ilmu yang mana ia boleh memberi kefahaman kepada orang lain tentang kehidupan dunia dan hubungannya dengan hari akhirat.

Pengisian Peringkat Kedua

Pengisian yang kedua utama ialah berkenaan dengan merapatkan hubungan dengan Allah dengan mengaji Al Quran, berzikir, bertakmid, bertakbir, wirid dan sebagainya. Pengisian ini adalah makanan hati yang baik kerana ia membersihkan jiwa, menjauhkan maksiat, menutup rongga dan ruang untuk setan masuk bertandang dan sebagainya.

Pengisian Peringkat Ketiga
Pengisian yang ketiga terpenting bagi saya ialah pengisian yang melibatkan hubungan baik sesama manusia dengan bertanya khabar, bersilaturrahim, nasihat menasihati, tegur menegur dan sebagainya.

Pengisian Peringkat Keempat
Pengisian harus yang melibatkan perihal hal ehwal semasa, sukan, ekonomi, perniagaan, akademik, kerjaya dan sebagainya.

Pengisian Peringkat Kelima
Bayangkanlah pengisian makruh seperti cerita sensasi artis dan politik, lucu, lucah, hiburan, yang mengkhayalkan dan sebagainya mungkin merupakan makanan kepada nafsu tetapi ia bukan makanan hati. Pada hakikatnya ia mengotorkan hati.

Pengisian Peringkat Keenam
Seterusnya pengisian yang bersifat haram malah dari segi etika kemasyarakatan juga ia merupakan sesuatu yang tidak dapat diterima. Penipuan, mengadu domba, melaga-laga, mencarut, memaki hamun, tohmah, fitnah dan sebagainya.

Kalau pokok menerima yang buruk dan mengeluarkan yang baik dalam proses fotosintesis, kalau ikan makan najis sekalipun namun isinya halal dan sedap dimakan kenapa pula manusia tak boleh berbuat demikian. Adakah hanya kerana kita dikurniakan akal fikiran maka kita punya “lesen besar” untuk mengeluarkan yang negatif dari dalam diri?

Dalam hal ini gunakanlah akal untuk kalahkan nafsu.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.