19 Disember 2009

Teka teki Corner

Teka-Teki Corner

1.           Banyak-banyak kuih, kuih apa paling jauh sekali?
Kuih bulan

2.           Banyak-banyak buah, buah apa yang banyak mata?
Nenas

3.           Atas pokok ada buah, atas buah ada pokok?
Nenas

4.           Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang kedekut?
Kuda ( Kedekut.. kedekut.. bunyi tapak kaki dia..)

5.           Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang bil telefon dia tinggi?
Monyet ( asyik bergayut jer..)

6.           Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang pokai?
Beruk ( Broke )

7.           Seorang pemburu handal pergi berburu dengan menaiki sampan si sebatang sungai. Tiba di satu selekoh, seekor buaya yang sedang mengandung muncul dengan tiba-tiba. Dengan pantas si pemburu tadi menembak buaya itu Siapa yang mati dulu, buaya atau anak dalam kandungannya?
Buaya tak mengandung- bertelur

8.           Ada 10 burung hinggap atas satu dahan, pemburu tembak kena seekor burung. Berapa burung yang tinggal ?
0, sebab yang lain takkan nak tunggu kena tembak kot?

9.           Burung apa yang ada satu jantina sahaja?
Burung kakak tua, sebab tak ada burung abang tua

10.        Dalam banyak-banyak burung, burung apa yang orang paling takut?
Burung Hantu

11.        Banyak-banyak hantu, hantu apa yang tak ada gigi?
Burung hantu

12.        Burung yang tak bela anak dia?
Burung belatuk, dia tak bela anak dia bela atuk

13.        Apa persamaan arnab dengan kancil?
Sama-sama makanan Harimau

14.        Seekor anjing berlari, dia ikut suka je sekejap ke kiri sekejap ke kanan, kenapa?
Sebab anjing mana ada signal

15.        Kenapa anjing menggaru badannya dengan kakinya?
Sebab anda tak nak tolong garukan.

16.        Seekor anjing sedang berlari laju. Tiba-tiba ia berhenti dan tercari-cari. Apa yang dicarinya?
Cari angin

17.        Kenapa apabila anjing berlari, air liurnya meleleh?
Sebab anjing tak pandai meludah

18.        Apa persamaan gajah dengan zirafah?
Dua-dua tak boleh terbang

19.        Ulat gonggok ada 100 kaki, tiap kali dia belok kaki dia tinggal 99.. Kenapa?
1 kaki lagi bagi signal.

20.        Antara penyu dan telur mana boleh makan?
Penyu, penyu ada mulut untuk makan

21.        Dalam banyak-banyak anggota ayam, apa paling sedap?
Bulu ayam untuk telinga gatal

22.        Apa binatang, badan kecil macam semut tapi mata besar "bulb" mentol?
Semut mata bengkak

23.        Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
Kambing binATANG

24.        Binatang apa yang bertelur dan beranak
Siput babi, siput bertelur, babi beranak

25.        Binatang berkaki 8, berkepak, bertelur 2, berbahasa mamak?
 Mamak naik kuda bawak ayam

26.        Banyak-banyak binatang kat dalam dunia ni binatang apa yang paling gagah?
Cicak sebab sentiasa tahan siling rumah

27.        Binatang apa tidur berdiri?
Kuda / Zebra

28.        Dalam Banyak-banyak binatang ciptaan Allah dlm dunia, binatang yang mana satukah serupa/sebijik macam gajah?
Anak gajah

29.        Banyak-banyak unta, unta apa yang ada kat kutub utara?
Unta sesat

30.        Apa dia, kepala kat kepala, taik kat kepala, tangan kat kepala, kaki kat kepala?
Kutu

31.        Kalau dia berdiri dia rendah, kalau dia duduk di tinggi pula. Apa dia tu?
Anjing

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

Terima kasih…
Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.