08 Disember 2009

Sifat Menghormati


Pada pendapat saya salah satu faktor utama yang menyebabkan permasalahan dalam perhubungan mahupun perceraian dalam sesebuah perkahwinan ada kena mengena dengan sikap menghormati.


Bagi saya setiap orang punya hierachy atau kedudukan yeng tertentu dalam kehidupan. Kalau dalam syarikat, ia bermula dari Pengerusi kemudian Pengarah, turun kepada pengurus dan sebagainya. Dalam negara dengan sistem demokrasi berparlimen makan ia bermula dengan Perdana Menteri timbalan Perdana Menteri, Menteri Kabinet, MP, ADUN dan sebagainya.


Begitulah juga dalam kehidupan, anak terletak di bawah ibu bapa, Isteri kedudukannya di bawah suami, adik tempatnya di bawah abang, yang tua letaknya di atas yang muda, guru adalah seorang yang mesti dihormati anak muridnya dan sebagainya.


Kalau dahulu, anak-anak langsung tak boleh campur perbicaraan orang tua-tua, barang ibubapa tak boleh digunakan anak-anak tanpa kebenaran dan sebagainya namun sekarang tidak lagi. Keadaan telah banyak berubah. Penerapan nilai Barat yang mencampur gaulkan ibubapa dan anak hinggakan ada anak-anak yang memanggil bapanya dangan namanya sendiri telah menjadi lumrah di sana. Di sini ibubapa yang rapat dengan anaknya dikatakan sporting namun sebenarnya sedikit sebanyak lama-kelamaan ia mengikis rasa hormat anak kepada orang tuanya.


Ramai anak dewasa ini yang berpelajaran tinggi mahupun punya kekayaan yang lupa daratan dan meremehkan orang tuanya. Mereka tak menghormati orang tua mereka dan yang lebih teruk lagi ada yang mengganggap ibubapa mereka sebagai satu liabiliti / bebanan lantas menyebabkan mereka menghantar ibubapa malang ini ke rumah penjagaan orang-orang tua.


Dalam hal ini kita mungkin pernah mendengar kisah anak muda yang masuk ke dalam syurga kerana menjaga kedua ibubapanya walaupun ibubapanya itu merupakan dua ekor babi. Iktibar dalam kisah ini ialah walaupun kita punya kedudukan dan kelayakan yang jauh lebih tinggi kalau dibandingkan dangan orang tua sekalipun kita mesti menghormati mereka.


Kesimpulannya di sini hormatilah kedua ibubapa anda walau siapapun mereka. Hakikatnya ini adalah jalan selamat. Cuba perhatikan carta di bawah ini;


ALLAH SWT
Nabi Muhammad SAW
Ibu
Bapa
Abang    Majikan  Suami  Tua    Guru
Adik       Pekerja  Isteri   Muda  Murid
Anak


Bagi saya inilah sebenarnya hierachy kehidupan seseorang manusia itu. Dia perlu duduk di tempatnya. Kalau kedudukan ini dilanggar maka masalahlah yang bakal timbul. Di sini saya tak mahu menghuraikan perhubungan manusia dengan ALLAH SWT mahupun dengan Rasullullah SAW kerana itu merupakan satu bab lain. Untuk topik kali ini saya akan hanya ingin huraikannya dalam rangkuman kemanusiaan.


Persoalannya mudah, sekiranya anda seorang isteri, adakah anda seorang isteri yang menghormati suami? Sekiranya anda seorang adik adakah anda menghormati abang dan kakak? Sekiranya anda seorang murid adakah anda menghormati guru anda? Sekali lagi saya ulangi, sifat menghormati ini bukan hanya dari sudut suami isteri sahaja tetapi juga antara anak dengan ibubapanya. Adik dengan abangnya, anak murid dengan gurunya, pekerja dengan majikannya, muda dengan yang tua.


Sikap tidak hormat ini berlaku kerana beberapa sebab.


Antaranya ;


• Perbezaan kedudukan kewangan
• Perbezaan kedudukan pangkat dan kerjaya
• Perbezaan keturunan
• Perbezaan status
• Perbezaan rupa paras
• Perasaan ego / cemburu / hasad dengki dan sebagainya.


Kesimpulannya kembalilah ke tempat yang sepatutnya anda berada. Ini kerana sekiranya anda terus-terusan menyalahinya maka bagi yang berkahwin mungkin akan bercerai, yang bekerja mungkin akan diberhentikan kerja, yang berkeluarga mungkin akan dihalau keluar rumah, guru tak akan mempedulikan kita lagi, kita akan dikatakan kurang ajar dan sebagainya.


Mungkin ungkapan orang tua-tua ini boleh kita ambil iktibar,


“Yang tua dihormati dan yang muda disayangi”.


Fikir-fikirkanlah..


Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.


Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.


Ikhlas dari,


Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial


Email : greng70@yahoo.com
Facebook : Faizal Yusup
Blog :http://faizalyusup.blogspot.com
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!


PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.


Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.