Satu peristiwa
Pada satu hari saya bertemankan seorang kawan keluar untuk menyelesaikan beberapa perkara. Semua tugsan itu adalah tugasan yang milik saya dan saya hanya meminta dia menemani. Sepanjang hari itu dari pagi hingga ke petang semuanya tersusun rapi. Semua yang dirancang menjadi kenyataan. Cuaca baik dan perjalanan lancar tanpa kesesakan lalu lintas mahupun sebarang masalah. Sebelah pagi selepas sarapan kami ke kedai photokopi untuk menyiapkan kertas kerja, kemudian makan tengahari dibelanja seorang pelanggan saya, setelah itu disusun Allah mendapat panggilan untuk bertemu dengan seorang kawan lama yang berada dalam perjalanan.
Kami meneruskan perjalanan untuk membayar bil dan membeli cenderahati di sebuah kompleks membeli belah. Tiba-tiba kawan saya mendapat satu panggilan telefon. Panggilan itu dari isterinya dan tak semena-mena riak mukanya yang pada mulanya gembira mencuka. Untuk pengetahuan anda kawan saya memang mempunyai masalah peribadi yang tak perlulah saya ceritakan.
Entah kenapa semuanya berubah selepas itu. Agenda saya telahpun selesai dan agenda kawan saya bermula. Katanya dia perlu bertemu dengan isterinya. Keluar dari kompleks itu hujan turun dengan lebatnya dan jalan jem teruk. Kami pula berada di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Panggilan demi panggilan diterima dan mereka berdua bertengkar dalam telefon. Saya yang memandu kereta juga yang tadinya menjalani perjalanan kehidupan yang lancar bertukar emosi. Saya juga jadi tertekan.
Entah kenapa perjalanan itu menjadi satu perjalanan yang panjang, dalam kesesakan lalu lintas, dalam hujan yang lebat mendengar pertengkaran yang berterusan. Saya hanya diam menggelengkan kepala. Banyaklah isi perut dan rahsia yang terburai mengenai masalah yang dihadapi kawan saya itu. Masalah berat yang panjang dan berterusan sepanjang usia perkahwinannya.
Kesimpulannnya.
Dari kisah ini barulah saya faham dan dapat mendalami yang bukan semua orang menjalankan kehidupan dengan lancar dan penuh ketenangan. Maka beruntunglah mereka yang dapat menikmati kehidupan di muka bumi ini dengan keriangan, kemudahan, kelancaran dan kebahagiaan tanpa dugaan yang berat-berat.
Hakikat sebenarnya di luar sana ramai yang menjalani kehidupan penuh dengan dugaan, penuh dengan kedukaan dan cabaran. Sesuatu yang senang bagi orang lain begitu sukar bagi mereka. Pertengkaran, pergaduhan, keadaan yang menyukarkan, tangisan, kedukaan dan sebagainya menjadi makanan ruji seharian sepanjang kehidupan. Keadaan ini pula menyebabkan kehidupan berserabut, masalah kewangan, masalah kesihatan, masalah tidur dan pelbagai masalah lagi.
Kepada mereka yang berada dalam kedukaan yang berpanjangan ini, bersabarlah dan saban hari ambillah tindakan berusaha untuk keluarkan diri dari keadaan ini, berikhtiar, berdoa dan bertawakallah. Saya yakin lambat laun Allah Taala akan berikan jalan keluar dari tempat yang tak dijangka dan mencukupkan apa yang kurang. InsyaAllah.
Dalam masa hidup sekitar 70 tahun atau 25,000 hari di atas muka bumi ini bukankah menjalaninya dengan kebahagiaan adalah lebih baik dari menjalaninya dalam kedukaan?
Ingatlah kejadian dan makhluk tidak boleh memberi manfaat mahupun mudarat tanpa izin Allah Taala.
So, don’t worry be happy...
Fikir-fikirkanlah..
Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.
Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.
Ikhlas dari,
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial
Email : greng70@yahoo.com
Facebook : Faizal Yusup
Blog :http://faizalyusup.blogspot.com
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!
PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.
Terima kasih…
' style='padding: 0; border: none;'/>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.