23 Disember 2009

Puisi Corner

Kekanda,


Kenapa jalan ini yang kau rentasi?
Jalan yang penuh onak dan duri,
Jalan dunia khayalan semata
Hanya perangkap mereka alpa...


Adakah sedang bermimpi?
Hingga kau lupa pada realiti...
Bangkit, sedarlah dari lena
Lihatlah pada alam buana


Banyak rahsia sedia tercipta
Buat hati yang telah sedia
Setiap detik menanti masa
Kembali kita pada yang Esa...


Jauh di relung kalbu
Aku sedih, aku pilu
Memerhatikanmu
Namun tiada daya membantu


Kau tutup segala pintu
Mulut terkatup diam membisu
Hatimu keras bagaikan batu
Tetap utuh kekal kematu...


Hanya satu yang aku pinta
Kembalilah wahai kekanda
Pintu taubat sentiasa terbuka
Selagi nafas masih dihela...


Nukilan sepi..


Faizal Yusup


Email : greng70@yahoo.com
Facebook : Faizal Yusup
Blog :http://faizalyusup.blogspot.com
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!


PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.


Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.